BERITA TERKINI   Kerajaan sedang gubal Akta Keterjaminan Makanan Negara, asas perundangan kukuh pelihara kedaulatan makanan - TPM Fadillah | Dasar Keterjaminan Makanan Negara (DKMN) 2030 pacu transformasi sektor agromakanan negara - TPM Fadillah | RM254 juta diperuntukkan bagi program pembangunan koperasi tahun ini, tertinggi sejak penubuhan gerakan koperasi pada 1922 - Steven Sim. | Ladang Solar KLIA dijangka kurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 35,000 tan setahun - Fadillah | Inisiatif Ladang Solar KLIA sokong sasaran Malaysia capai 70 peratus penggunaan tenaga boleh baharu menjelang 2050 - Fadillah | 

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Lebih Tinggi Untuk Hari Kedua Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi untuk hari kedua berturut-turut hari ini, menjejaki momentum menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.

Kebimbangan yang berterusan terhadap pengeluaran getah asli yang terhad akibat musim hujan selain prospek rangsangan fiskal yang lebih banyak daripada China telah meningkatkan sentimen pasaran, seorang peniaga memberitahu Bernama,

Dilaporkan China mungkin akan menambah enam trilion yuan (US$850 bilion) daripada bon perbendaharaan khas dalam tempoh tiga tahun untuk membantu meningkatkan ekonominya yang lembap melalui rangsangan fiskal yang diperluaskan.

Bagaimanapun, peniaga itu berkata keuntungan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah dan jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat yang lebih kecil berikutan perang yang berterusan di Timur Tengah.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 naik 3.5 sen kepada 867.5 sen sekilogram manakala lateks pukal menoko setengah sen kepada 754 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 877 sen sekilogram manakala lateks pukal adalah pada 756 sen sekilogram.

-- BERNAMA