BERITA TERKINI   PM Anwar arah KPT, UMS tidak sekat perjalanan akademik pelajar terlibat isu pembakaran karikatur - PMO  | Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 akan dikuatkuasakan selepas 10 garis panduan yang dibangunkan MCMC siap sepenuhnya - Fahmi | Majlis Media Malaysia perlu berperanan bangunkan garis panduan penggunaan AI dalam bidang penyiaran - Fahmi | Pengurusan media perlu perkukuh proses semak fakta bagi pastikan kepercayaan rakyat tidak terhakis - PMO | Sultan Brunei zahir penghargaan atas khidmat cemerlang pasukan perubatan Malaysia yang terlibat jaga kesihatan Baginda - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal hari ini berikutan prestasi kadar asas pasaran tunai.

Pada 9.20 pagi, kontrak Oktober 2024 naik 1.0 mata kepada 1,639.0, November 2024 menambah 3.0 mata kepada 1,644.0, Disember 2024 meningkat 3.0 mata kepada 1,651.5 dan Mac 2025 naik 2.5 mata kepada 1,646.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,225 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,782 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 5.61 mata kepada 1,639.16 selepas 35 minit dagangan.

-- BERNAMA