BERITA TERKINI   FAM didenda USD50,000 (RM196,119) kerana turunkan pemain tidak layak dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 - AFC | Malaysia diisytihar kalah 3-0 kepada Nepal dan Vietnam susulan turunkan pemain tidak layak pada Kelayakan Piala Asia 2027 - AFC | Pelaburan Intel di Malaysia bakal berkembang dengan kompleks pembungkusan termaju dan pembuatan pemasangan akan bermula operasi pada lewat tahun ini - PM Anwar  | Pemandu e-hailing, P. Mahendra Bhoopaty, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu ketenteraman awam pada 27 Feb | Arun Dorasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jawi atas pertuduhan membuat kenyataan sebabkan kegentaran awam tahun lepas | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 meningkat 10.5 mata kepada 1,646.0, November 2024 berkembang 10.0 mata kepada 1,648.5, Disember 2024 menokok 9.5 mata kepada 1,651.5 dan Mac 2025 bertambah 11.0 mata kepada 1,641.0. 

Jumlah dagangan melonjak kepada 7,729 lot daripada 5,755 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 47,986 kontrak daripada 46,733 kontrak sebelumnya.            

Pada 5 petang, FBM KLCI bertambah 6.03 mata atau 0.36 peratus kepada 1,640.94 daripada paras penutup 1,634.91 pada Rabu.

-- BERNAMA