BERITA TERKINI   28 Aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 selamat tiba di tanah air malam ini | Bangunan runtuh di Filipina: Wisma Putra berkata dua rakyat Malaysia terkesan, seorang disahkan selamat, status seorang lagi masih dalam proses pengesahan | Bangunan runtuh di Filipina: Wisma Putra berkata dua rakyat Malaysia terjejas, seorang disahkan selamat, status seorang lagi masih dalam proses pengesahan | Mindef teliti tawaran beberapa negara selesai isu peluru berpandu antikapal dari Norway - Mohamed Khaled | Hubungan kukuh industri pertahanan Malaysia-Turkiye didorong pertukaran pengetahuan dan pemindahan teknologi - Mohamed Khaled. | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Disebabkan Data Senarai Gaji AS Yang Kukuh

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin berikutan data senarai gaji Amerika Syarikat (AS) yang kukuh mendorong peniaga menjangkakan Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar faedah yang lebih kecil.

Kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 susut kepada US$2,663.30 setiap auns troy daripada US$2,669.80 setiap auns troy pada Jumaat, manakala November 2024 jatuh kepada US$2,684.70 setiap auns troy daripada US$2,691.10 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 dan Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,685.20 setiap auns troy berbanding US$2,691.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan turut susut kepada tiga lot daripada 33 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 19 kontrak daripada 67 kontrak sebelum ini.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 4 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,650.05 setiap auns troy.

-- BERNAMA