BERITA TERKINI   Anak syarikat Pansar Bhd, Perbena Emas Sdn Bhd memperoleh kontrak RM234.88 juta daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak untuk naik taraf Loji Rawatan Air Kaki Wong di Saratok | Semua pengimportan kenderaan elektrik CBU yang dipasang siap di luar negara adalah tertakluk kepada dua syarat utama bermula 1 Julai 2026 - MITI | MITI benarkan baki stok sedia ada dijual mengikut ketetapan dalam tempoh pengecualian khas sehingga habis | Dasar berkaitan kenderaan elektrik CBU dikembalikan kepada ketetapan sedia ada susulan penamatan tempoh pengecualian khas pada 31 Dis 2025 - MITI | Seorang lelaki berusia 70 tahun menjadi jemaah kedua meninggal dunia di Makkah akibat serangan jantung- Tabung Haji | 

Konflik Timur Tengah Dijangka Kekalkan Minat Terhadap Emas

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Aliran minat terhadap kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives berkemungkinan kekal pada minggu depan susulan ketegangan di Timur Tengah.

Bagaimanapun, sebarang unjuran kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS) boleh memberi tekanan ke atas harga logam berharga itu.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata emas akan terus mendapat sokongan daripada faktor seperti risiko geopolitik, namun ia sebaliknya berisiko susut apabila berdepan tekanan dolar AS yang kukuh.

“Oleh kerana harga emas dalam dolar AS, sebarang kenaikan mata wang itu boleh menjejaskan emas, apatah lagi jika kenaikan kadar faedah meningkatkan lagi kos pegangan aset seperti emas.

“Berikutan itu, walaupun penurunan harga emas mungkin boleh dijangkakan, kenaikannya dapat dikekang oleh pengukuhan dolar AS," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata bagi membolehkan harga emas terus meningkat, pasaran juga perlu melihat kepada laporan gaji bukan perladangan (NFP) AS pada Jumaat.

Bagaimanapun, laporan Biro Statistik Buruh AS menunjukkan NFP di negara itu meningkat sebanyak 254,000 pada bulan September yang mengatasi jangkaan awal sebanyak 147,000.

“Permintaan untuk dolar AS boleh kekal kukuh, terutama dengan risiko geopolitik yang memacu harga minyak lebih tinggi dan mengekalkan potensi keuntungan daripada emas,” katanya.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat, kontrak bulan semasa baharu Oktober 2024 berada pada US$2,669.80 setiap auns troy dan November 2024 pada pada US$2,691.10 setiap auns troy daripada US$2,675.10 pada minggu lepas.

Kontrak Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 ditutup lebih tinggi pada US$2,691.60 daripada US$2,675.10 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 71 lot daripada 117 minggu lepas manakala minat terbuka susut kepada 67 kontrak daripada 71 kontrak sebelum ini.

Pada penetapan harga London Bullion Market Association bagi 3 Okt, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,647.65 setiap auns troy.

-- BERNAMA