BERITA TERKINI   Bekas PTD Hafizuddeain Jantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen KL atas empat tuduhan terima wang hasil aktiviti haram lebih RM2.12 juta | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.40 pagi, kontrak Oktober 2024 tidak berubah pada 1,637.5, November 2024 susut 1.0 mata kepada 1,639.5, Mac 2025 turun 5.0 mata kepada 1,627.0 dan Disember 2024 naik 1.0 mata kepada 1,644.0.

Jumlah dagangan berjumlah 1,499 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 43,773 kontrak.

FBM KLCI susut sebanyak 2.71 mata kepada 1,638.84 selepas 40 minit dagangan.

-- BERNAMA