BERITA TERKINI   Sukan Para ASEAN Malaysia akan berlangsung pada 17 hingga 23 Okt 2027 - Hannah Yeoh | Sukan SEA Malaysia 2027 akan berlangsung pada 18 hingga 29 Sept 2027 - Hannah Yeoh | N. Sembilan beri bantuan khas kewangan maksimum tiga bulan gaji dan minimum dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri tahun depan - MB | Orang ramai diingatkan buat perancangan bersesuaian hadapi MTL yang dijangka berlaku di beberapa negeri - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Kontrak bulan semerta Oktober 2024 dan Mac 2025 turun 1.5 mata masing-masing kepada 1,639.0 dan 1,631.5 manakala November 2024 dan Disember 2024 susut 2.0 mata masing-masing kepada 1,640.5 dan 1,643.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,827 lot daripada 4,743 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka merosot kepada 47,874 kontrak daripada 48,899 kontrak sebelumnya.  

FBM KLCI naik 2.24 mata atau 0.14 peratus kepada 1,641.55 daripada paras penutup 1,639.31 pada Rabu.

-- BERNAMA