BERITA TERKINI   Perdana Menteri minta tindakan penguatkuasaan diambil terhadap warga asing yang salah guna pas lawatan sosial - Fahmi | Kementerian Pendidikan Tinggi akan adakan pertemuan dengan MQA minggu depan, teliti isu laluan ke IPTA -- Fahmi  | Tindakan penguatkuasaan perlu gerakan menyeluruh libatkan seluruh jentera negara – PM Anwar | Setiap tindakan penguatkuasaan perlu dilaksana secara berkesan di semua peringkat, termasuk ke tahap pihak berkuasa tempatan - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.30 pagi, kontrak Oktober 2024 meningkat 4.5 mata kepada 1,643.5, November 2024 naik 5.0 mata kepada 1,647.5, Disember 2024 menambah 6.0 mata kepada 1,651.0 dan Mac 2025 menokok 6.5 mata kepada 1,639.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,259 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,388 kontrak.

FBM KLCI, yang dibuka tinggi, merosot 6.74 mata kepada 1,632.57 selepas 30 minit dagangan.

-- BERNAMA