BERITA TERKINI    Kenaikan tarif kepada 25 peratus adalah keputusan Presiden AS Donald Trump bukan menerusi proses rundingan - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia perlu mencapai tahap konsensus yang tinggi dalam isu seperti keselamatan ekonomi, pembelian produk buatan AS dan meningkatkan pelaburan di negara itu untuk membantu mengimbangi perdagangan Malaysia-AS - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia mahu mencapai perjanjian seimbang yang memberi manfaat kepada negara dan bukan hanya sekadar untuk memuktamadkan perjanjian - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia tidak akan berkompromi bila melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara - Tengku Zafrul | Malaysia kekal optimistik untuk menyelesaikan isu berkaitan tarif susulan keinginan AS untuk terus melakukan rundingan bersama - Tengku Zafrul | Kenaikan tarif kepada 25 peratus adalah keputusan Presiden AS Donald Trump bukan menerusi proses rundingan - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia perlu mencapai tahap konsensus yang tinggi dalam isu seperti keselamatan ekonomi, pembelian produk buatan AS dan meningkatkan pelaburan di negara itu untuk membantu mengimbangi perdagangan Malaysia-AS - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia mahu mencapai perjanjian seimbang yang memberi manfaat kepada negara dan bukan hanya sekadar untuk memuktamadkan perjanjian - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia tidak akan berkompromi bila melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara - Tengku Zafrul | Malaysia kekal optimistik untuk menyelesaikan isu berkaitan tarif susulan keinginan AS untuk terus melakukan rundingan bersama - Tengku Zafrul |

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini disebabkan kejatuhan pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah kebimbangan mengenai ekonomi China yang perlahan dan konflik di Timur Tengah yang makin meningkat.

Seorang peniaga berkata peserta pasaran turut memberi reaksi terhadap data terkini import getah asli (NR) China.

Beliau berkata China dilaporkan mengimport 459,700 tan getah asli pada Ogos 2024, turun daripada 504,700 tan pada bulan yang sama tahun lepas.

Jumlah import bagi tempoh Januari-Ogos 2024 ialah 3.245 juta tan, turun 20.4 peratus daripada tempoh yang sama pada 2023.

Bagaimanapun, harga minyak mentah yang lebih rendah dan langkah-langkah rangsangan baharu China untuk menyokong ekonominya telah mengehadkan kejatuhan harga komoditi itu.

Bank Rakyat China (PBOC) dilaporkan telah menyuntik 234.6 bilion yuan (US$33.29 bilion) ke dalam sistem perbankan melalui operasi pasaran terbuka untuk melonggarkan dasar monetari seterusnya.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) turun 13.5 sen kepada 821.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 1.5 sen kepada 686.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 815 sen sekilogram dan lateks pukal berharga 689.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA