BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 0-1 Kuching City FC | GSF: Kesemua delegasi Malaysia yang tiba di Istanbul akan berlepas ke tanah air seawal Isnin ini - KP SNCC | GSF: 137 daripada 462 peserta misi yang ditahan telah dibebaskan dengan bantuan Kerajaan Turkiye - KP SNCC | GSF: 23 delegasi Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 8.40 malam waktu Malaysia - KP SNCC | GSF: 23 sukarelawan Malaysia selamat tiba di Istanbul dari Israel - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pagi ini, menjejaki prestasi pasaran tunai asas.

Setakat 9.25 pagi, kontrak September 2024 merosot 3.0 mata kepada 1,659.0, Oktober 2024 jatuh 4.0 mata kepada 1,660.5, Disember 2024 berkurangan 5.0 mata kepada 1,665.0 dan Mac 2025 menguncup 4.5 mata kepada 1,652.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,390 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 45,212 kontrak.

FBM KLCI susut 5.73 mata kepada 1,658.55 selepas 35 minit dagangan.

-- BERNAMA