BERITA TERKINI   Baki SARA untuk Semua yang tidak dibelanjakan sekitar RM150 juta disalurkan semula kepada golongan rentan - MOF | 21.2 juta rakyat guna SARA untuk Semua 2025, libatkan perbelanjaan hampir RM2.1 bilion - Kementerian Kewangan | SARA Bulanan 2026 libatkan 8.1 juta penerima, meningkat berbanding 5.4 juta penerima pada 2025 - Kementerian Kewangan | SARA Bulanan disalur bermula 9 Jan untuk lima juta penerima - MOF | Cukai perkhidmatan ke atas sewaan dikurangkan kepada enam peratus daripada lapan peratus - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Stabil Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka stabil minggu depan seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pada masa hadapan indeks perlu menembusi paras rintangan 1,670 untuk memulihkan momentum kenaikan harganya.

"Sekiranya paras ini dapat ditembusi dengan jumlah dagangan yang besar, paras rintangan seterusnya ialah pada 1,700," katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, kontrak September 2024 meningkat 12.0 mata kepada 1,647.5, Oktober 2024 dan Disember 2024 masing-masing naik 11.50 mata kepada 1,650.0 dan 1,654.0 manakala Mac 2025 meningkat 12.5 mata kepada 1,641.

Jumlah dagangan turun kepada 26,397 lot daripada 39,004 minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka susut kepada kepada 52,194 kontrak daripada 55,697.

-- BERNAMA