BERITA TERKINI   Anak syarikat Pansar Bhd, Perbena Emas Sdn Bhd memperoleh kontrak RM234.88 juta daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak untuk naik taraf Loji Rawatan Air Kaki Wong di Saratok | Semua pengimportan kenderaan elektrik CBU yang dipasang siap di luar negara adalah tertakluk kepada dua syarat utama bermula 1 Julai 2026 - MITI | MITI benarkan baki stok sedia ada dijual mengikut ketetapan dalam tempoh pengecualian khas sehingga habis | Dasar berkaitan kenderaan elektrik CBU dikembalikan kepada ketetapan sedia ada susulan penamatan tempoh pengecualian khas pada 31 Dis 2025 - MITI | Seorang lelaki berusia 70 tahun menjadi jemaah kedua meninggal dunia di Makkah akibat serangan jantung- Tabung Haji | 

Prestasi Serantau, Pengukuhan Ringgit Jejas Pasaran Getah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur susut ketika mengakhiri dagangan Jumaat susulan peningkatan ketara pada sesi sebelum ini selain dipengaruhi oleh prestasi pasaran serantau, kata peniaga.

Pada masa sama, sentimen turut dijejaskan oleh pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Bagaimanapun, kerugian seterusnya dapat dikekang oleh peningkatan harga minyak mentah, jangkaan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) selain pengesahan China untuk merangsang pemulihan ekonominya,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada Isnin ini bersempena cuti umum Hari Malaysia serta Maulidur Rasul dan akan beroperasi semula pada hari berikutnya.

Harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 turun 3.0 sen kepada 812.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 2.0 sen kepada 675.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 815 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 677 sen sekilogram.

-- BERNAMA