Ekonomi

Projek ECRL Catat Kemajuan Keseluruhan 89 Peratus Setakat Oktober 2025 - CEO MRL

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencatatkan kemajuan keseluruhan sebanyak 89 peratus setakat Oktober 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Premier Abang Johari Umum Belanjawan Sarawak 2026 Sebanyak RM12.9 Bilion

KUCHING, 24 Nov (Bernama) -- Belanjawan Sarawak 2026 berjumlah RM12.9 bilion merangkumi RM7.3 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan RM5.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus, kata Premiernya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

S&P Tingkat Unjuran KDNK Untuk Asia-Pasifik Kepada 4.3 Peratus, Malaysia Kepada 4.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- S&P Global Ratings telah meningkatkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 untuk Asia Pasifik kepada 4.2 peratus daripada 4.0 peratus, ekonomi Malaysia pula kini dijangka berkembang pada kadar yang lebih pantas iaitu 4.5 peratus.

Selangor Lulus 948 Projek Pelaburan Bernilai RM34.65 Bilion Bagi Tempoh Januari-Jun 2025

SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) -- Sebanyak 948 projek pelaburan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan bernilai RM34.65 bilion telah diluluskan kerajaan Selangor bagi tempoh Januari hingga Jun 2025.

FBM KLCI Akan Capai Paras 1,700 Pada Akhir Tahun Jika Sektor Perbankan Positif - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd percaya FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) masih boleh mencapai paras 1,700 pada akhir tahun ini, jika terdapat pergerakan harga yang positif dalam sektor perbankan dan kaunter tertentu.

Prinsip Asas HGTV Diselaras Dengan Penambahbaikan Akta Percukaian Sedia Ada - Timbalan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Walaupun cukai bernilai tinggi (HVGT) tidak diteruskan, bagaimanapun prinsip asas cukai berkenaan disemak semula dan diselaraskan dengan penambahbaikan akta percukaian sedia ada melalui kadar semakan semua kadar cukai jualan dan perluasan skop cukai perkhidmatan (SST), berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2025, kata Kementerian Kewangan.

735 Juta E-Invois Dikeluarkan Oleh 108,000 Pembayar Cukai Setakat 21 Nov - Lim

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Sebanyak 735 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 108,000 pembayar cukai setakat tempoh 21 November 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

YTL Teroka Prospek IPP, Pusat Data Dan AI Di Afrika Selatan

Daripada M.Saraswathi

NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Konglomerat multinasional, YTL Group sedang meneroka peluang dalam sektor penjana tenaga bebas (IPP), pusat data dan kecerdasan buatan (AI) di Afrika Selatan, kata Pengarah Eksekutif YTL Power International Bhd Yeoh Keong Hann.

Aliran Keluar Dana Asing Di Pasaran Asia Cecah US$6.73 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran Asia bagi minggu berakhir 21 November 2025 dengan aliran keluar dana asing berjumlah US$6.73 bilion atau meningkat kira-kira 1.9 kali berbanding minggu sebelumnya.

Tiada Isu Persepsi Negatif Pembeli Eropah Mengenai SAF Berasaskan Sawit - Johari

JOHOR BAHRU, 24 Nov (Bernama) — Tidak timbul isu persepsi negatif dalam kalangan pembeli Eropah mengenai kesesuaian minyak sawit sebagai bahan utama dalam bahan api penerbangan mampan (SAF), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Johari Abdul Ghani.

Pelabuhan Klang Kini Antara 10 Pelabuhan Kontena Utama Dunia

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pelabuhan Klang kini secara rasminya berada dalam kedudukan antara 10 pelabuhan kontena utama dunia dalam Senarai Lloyds bagi 100 Pelabuhan Utama Dunia 2025.

PM Anwar Diberi Sambutan Negara Dan Terajui Forum Peringkat Tinggi Di Nairobi

NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diberikan majlis sambutan peringkat negara di State House, kediaman rasmi Presiden Kenya William Samoei Ruto.