Ekonomi

Kemudahan Baharu Fuji Logistics Di Kulim Lonjak Aktiviti Bagi Utara Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Gudang baharu Fuji Logistics (M) Sdn Bhd, Pusat Logistik Kulim 2 di Northern Technocity, Kulim Kedah akan terus mengukuhkan peranannya sebagai rakan logistik boleh dipercayai.

Strategi Semikonduktor Nasional Tarik Pelaburan RM54.9 Bilion Bagi Separuh Pertama 2025 -- MITI

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) Malaysia berjaya menarik pelaburan bernilai RM54.9 bilion serta penubuhan enam syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) pada separuh pertama 2025, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Malaysia, Rusia Sedang Teroka Kerjasama Di Bawah Program Tenaga Nuklear Nasional

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Rusia sedang meneroka bidang kerjasama baharu dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman ketika Putrajaya memuktamadkan Program Tenaga Nuklear Nasional.

Chin Hin Lupus 44.12 Juta Saham Signature International Menerusi Transaksi Luar Pasaran

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Chin Hin Group Bhd melupuskan 44.12 juta saham biasa dalam anak syarikatnya, Signature International Bhd (SIB) pada harga purata RM1.36 sesaham dengan jumlah pertimbangan kira-kira RM59.99 juta. 

Stok Minyak Sawit Bagi Disember Dijangka Meningkat 3.0 Peratus Kepada 2.93 Juta Tan

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Stok minyak sawit Malaysia diunjur meningkat 3.0 peratus bulan ke bulan kepada 2.93 juta tan pada Disember 2025, ketika kenaikan sederhana eksport pada 2.0 peratus bulan ke bulan adalah tidak memadai bagi mengimbangi unjuran pengeluaran, kata CIMB Securities Sdn Bhd.

Kerajaan Optimis Sasaran Tertinggi Pertumbuhan Ekonomi 4.8 Peratus Bagi 2025 Dapat Dicapai - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara mampu mencapai paras ambang tertinggi yang disasarkan iaitu 4.8 peratus pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Rusia Berusaha Pertingkat Kerjasama Dagangan, Ekonomi Dengan Malaysia -- Duta

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Rusia berusaha mempertingkatkan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Malaysia terutamanya dalam sektor elektronik dan semikonduktor yang dianggap penting secara strategik oleh Moscow berikutan perubahan rantaian bekalan global.

Kenaikan Pengecualian Nilai Ambang e-Invois Beri Lebih Masa, Kelonggaran Kepada Industri – PIKOM

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia (PIKOM) mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk meningkatkan nilai ambang pengecualian e-Invois.

U Mobile Sedia Kemudahan Rangkaian 5G Generasi Seterusnya Di 20 Hartanah IGB

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- U Mobile akan melaksanakan perkhidmatan rangkaian 5G generasi seterusnya di 20 hartanah IGB Bhd (IGB) di negara ini, sekali gus menjadikannya kerjasama liputan 5G terbesar dalam bangunan (IBC), setakat ini.

Labuan FSA Keluar Nota Panduan Maqasid Al-Shariah Untuk Labuan IBFC

LABUAN, 10 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) telah mengeluarkan Nota Panduan mengenai Maqasid al-Shariah untuk Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC). 

Pendapatan Gamuda Naik Lima Peratus Pada Suku Pertama Dipacu Prestasi Domestik Yang Kukuh, Umum Dividen Lima Sen

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd mencatat peningkatan lima peratus dalam pendapatannya kepada RM215 juta bagi suku pertama berakhir 31 Okt, 2025 (S1 TK2026) daripada RM205 juta pada tahun lalu, terutamanya didorong oleh sumbangan yang kukuh daripada projek pembinaan domestik.

Kadar Pengangguran Malaysia Diunjurkan Kekal 3.0 Peratus Pada 2025 Dan 2026 - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kadar pengangguran Malaysia dijangka kekal 3.0 peratus pada 2025 dan 2026, disokong oleh pertumbuhan guna tenaga yang stabil serta pengambilan pekerja berterusan dalam sektor perkhidmatan berorientasi domestik, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).