Korporat : Lain-lain

Pertumbuhan KDNK Malaysia Dijangka Cecah 4.6 Peratus Pada 2026 - CGS International

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 4.6 peratus pada 2026, dipacu oleh permintaan luar yang semakin pulih meskipun aktiviti domestik dijangka menjadi sederhana sedikit, kata CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

Forum EBP7 EcoWorld Pacu Momentum Perindustrian Baharu Di MVV 2.0, Negeri Sembilan

SEREMBAN, 4 Dis (Bernama) -- Eco Business Park VII (EBP7), hab perindustrian bersepadu generasi seterusnya di Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0), menganjurkan acara ‘EcoWorld Connects: Business Ascend Forum’ yang menghimpunkan kalangan pakar industri serta rakan perniagaan.

JLand Group Terima FDI RM30 Bilion Untuk Projek Pusat Data Fasa Pertama Di IBTEC

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- JLand Group Sdn Bhd (JLG) menerima RM30 bilion pelaburan langsung asing (FDI) untuk fasa pertama projek pembangunan pusat datanya, StepEast yang terletak di Ibrahim Technopolis (IBTEC), Johor.

AI Dijangka Sumbang Tambahan Sehingga 1.2 Peratus Kepada KDNK, Bersamaan RM20 Bilion Setahun

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Sektor kecerdasan buatan (AI) dijangka memberi sumbangan tambahan antara 0.8 hingga 1.2 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030, bersamaan nilai antara RM13 bilion hingga RM20 bilion setahun.

BNM Rangka Pelan Kurangkan Pegangan Saham Dalam Paynet -- MOF

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) merangka pelan jangka panjang bagi mengurangkan pegangan sahamnya dalam Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) secara berperingkat. 

PAC Saran Khazanah Perkukuh Analisis Risiko Bukan Kewangan

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan agar Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) memperkukuhkan rangka kerja pengurusan risiko dengan melaksanakan analisis senario yang lebih mendalam terhadap kejutan pasaran bukan kewangan seperti perubahan teknologi dan geopolitik. 

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Naik 3 Sen Mulai 4 Dis

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara meningkat tiga sen seliter masing-masing, kepada RM3.29 dan RM2.66 seliter, bagi tempoh 4 hingga 10 Disember ini.

Kecualikan Cukai Jualan Lima Peratus Ke Atas Kayu Bergergaji, Kaji Semula Peluasan SST - Senator

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kerajaan dicadang mengecualikan kadar cukai jualan lima peratus ke atas kayu bergergaji dan menilai semula peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang telah mewujudkan cukai bertindih ke atas industri perkayuan dan produk berasaskan kayu.

MIDA Sambut Baik Pelantikan Tengku Zafrul Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengalu-alukan pelantikan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa serta-merta.

Unit Advancecon Menang Adjudikasi Kedua Dalam Pertikaian Pembayaran ECRL

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Unit milik penuh Advancecon Holdings Bhd, Advancecon Infra Sdn Bhd (AISB) memperoleh satu lagi keputusan adjudikasi yang memihak kepadanya menentang China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC).

ASEAN Perlu Kekal Kompetitif Melalui Inovasi, Kerjasama Bagi Masa Depan Dalam Ekonomi Global

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- ASEAN perlu kekal kompetitif melalui inovasi dan kerjasama untuk menjamin masa depan dalam ekonomi global, kata Pengerusi Dagang NeXchange Bhd (DNeX) Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Tengku Zafrul Dilantik Pengerusi MIDA

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa hari ini.