COVID–19 NEWS   South Korea‚Äôs COVID-19 vaccine candidate inches closer to launch after experts' approval Recommendation | More than 16 million adults in Malaysia given the COVID -19 booster dose | Lebanon faces new wave of COVID-19: Ministry | Malaysia, India agree on mutual recognition of COVID-19 vaccination certificates | Saudi Arabia lifts COVID-19 precautionary measures | 
BUSINESS

PropertyGuru lihat sentimen lemah dalam hartanah

19/05/2022 04:21 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) --  PropertyGuru Malaysia sedang melihat peningkatan yang perlahan dalam pasaran hartanah memandangkan pengguna masih bergelut dengan impak pasca COVID-19.

Pengurus Negara Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my) Shylendra Nathan berkata "pembeli berpotensi amat berhati-hati" terhadap kenaikan inflasi serta sedang mencari perlindungan dalam kestabilan ekonomi dan keselamatan pekerjaan.

Pembeli yang mengambil pendekatan tunggu dan lihat mungkin teragak-agak dalam meneruskan rancangan pembelian mereka sehingga wujud kestabilan politik serta ekonomi, katanya dalam satu kenyataan yang sejajar dengan pengumuman Laporan Pasaran Hartanah Malaysia (MPMR) Suku Kedua 2022. 

Berdasarkan Indeks Harga Jualan Hartanah Bertingkat Tinggi, harga bagi hartanah berstrata telah jatuh sebanyak 0.23 peratus dari suku ke suku pada suku pertama 2022 dan hanya mencatatkan kenaikan 0.51 peratus dari tahun ke tahun.

Bekalan hartanah bertingkat tinggi, bagaimanapun, terus bertambah sebanyak 3.25 peratus dari suku ke suku serta 18.24 peratus dari tahun ke tahun, menonjolkan ketidakpadanan harga yang mendalam terhadap selera pembeli. 

Generasi hari ini amat meminati kondominium yang berlokasi baik tetapi mereka tidak mempunyai sumber untuk membeli dan menyelenggara unit-unit ini, kata Shylendra.

Beliau berkata terdapat permintaan berpotensi pulih menjelang suku akan datang kerana rakyat Malaysia yang kaya biasanya, menggunakan hartanah sebagai lindung nilai terhadap inflasi. 

Dengan mengambil kira kelebihan nilai tanah, kenaikan harga unit bertanah menawarkan margin yang lebih besar untuk peningkatan modal dalam jangka masa panjang, katanya.

Menurut Kajian Kestabilan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) Separuh Kedua 2021, terdapat peningkatan yang ketara dalam keseluruhan ekonomi dan sektor kewangan tetapi unit tidak terjual yang telah siap dibina kekal menjadi isu utama dalam industri perumahan. 

Laporan itu menyatakan lebih daripada 180,000 unit dalam pasaran perumahan masih tidak terjual, mencerminkan isu kemampuan yang diburukkan lagi oleh pandemik, yang konsisten dengan trend penawaran syarikat hartanah dalam talian yang meningkat.

Unit bertanah kekal menjadi pilihan utama walaupun pembeli berpotensi sedang terhimpit akibat kemampuan dan masalah kewangan, mengakibatkan permintaan yang lebih perlahan. 

Selain itu, dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) BNM yang naik kepada 2.0 peratus daripada 1.75 peratus, faedah gadai janji sedia ada dan masa depan akan terkesan, seterusnya mengurangkan keyakinan belian, jadi penjual perlu mengambil inisiatif bagi memberi insentif kepada pembeli dengan pakej yang menarik, katanya.

-- BERNAMA


Bernama is the trusted source of reliable real-time comprehensive and accurate news for both the public and media practitioners. Our news is published at www.bernama.com ; BERNAMA TV on: Astro Channel 502, unifi TV Channel 631, MYTV Channel 121 IFLIX; and Bernama Radio broadcasting locally on FM93.9 in Klang Valley, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Follow us on social media :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Disclaimer   • Privacy Policy   • Security Policy