Isnin, 25 Mei 2020
UTARA
20/05/2020 06:29 PM

IPOH, 20 Mei -- Kelab Wanita Ikon Malaysia dengan kerjasama Ikhlas.com, jenama baharu di bawah AirAsia.com sedang mencari golongan terkesan COVID-19 untuk mengikuti program perniagaan kelolaannya.

Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia Datuk Normaziah Sheikh Mohamed berkata usaha itu bertujuan membantu golongan tersebut mengukuhkan kedudukan kewangan mereka yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan di pejabat cawangan Kelab Wanita Ikon Malaysia di seluruh negara bagi mendapatkan bantuan berupa modal atau peralatan untuk memulakan atau menambah baik perniagaan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 130 golongan memerlukan di sekitar Ipoh, di sini hari ini.

Katanya program  dijangka dilaksanakan selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya perniagaan mereka juga akan lebih terjamin apabila dijalankan menerusi platform e-dagang dengan kerjasama Ikhlas.com.

Mengenai program bantuan itu, beliau berkata semalam pihaknya telah mengagihkan 500 pek makanan kepada golongan memerlukan di Negeri Sembilan serta  200 pek masing-masing di Selangor dan Perak.

Esok, 200 pek akan diserahkan di Johor, katanya, menambah sumbangan berupa barangan keperluan asas termasuk beras, gula, minyak masak, tepung, sardin, kicap, sos cili dan susu diberikan kepada mereka yang hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Ikhlas.com adalah jenama perniagaan baharu di bawah naungan AirAsia.com yang ditubuhkan khusus untuk komuniti Islam di seluruh dunia dengan menyediakan akses bagi pelbagai amalan berasaskan keimanan, termasuk kewajipan agama seperti umrah, korban dan pilihan gaya hidup berasaskan hukum syariah.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan