KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah memulakan kempen Kumamoto Masters Japan 2025 dengan langkah kanan, apabila bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan beregu tuan rumah di Kumamoto Prefectural Gymnasium, hari ini.
Pasangan pilihan pertama itu menang 18-21, 21-9, 21-17 ke atas beregu Jepun Mikoto Aiso dan Momoha Niimi, dalam satu perlawanan sengit berlangsung selama 53 minit.
Pearly dan Thinaah seterusnya akan berdepan pasangan Korea Selatan Jeong Na Eun dan Lee Yeon Woo, yang telah mereka tewaskan dalam ketiga-tiga pertemuan sebelum ini.
Dalam acara perseorangan lelaki, pemain kebangsaan Kok Jing Hong turut mara ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan pemain India Kiran George, 22-20, 21-10. Beliau akan berdepan pilihan keenam dari Jepun Kenta Nishimoto, selepas ini.
Sementara itu, dalam acara beregu campuran, pasangan Jimmy Wong dan Lai Pei Jing turut melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan beregu Taiwan Ming Che Lu dan Hung En-Tzu, 21-19, 21-15.
Pasangan Malaysia itu bakal menentang pilihan ketujuh kejohanan Ye Hong Wei dan Nicole Gonzales Chan dari Taiwan, pada perlawanan berikutnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial