WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Pembuat Kek OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terpedaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025 09:44 PM

GEORGE TOWN, 19 Julai (Bernama) -- Seorang pembuat kek orang kurang upaya (OKU) kerugian lebih setengah juta ringgit selepas tertipu dengan tawaran kerja tidak wujud melalui aplikasi TikTok, di sini baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kejadian bermula pada awal Disember tahun lepas apabila mangsa lelaki berusia 45 tahun itu menerima mesej di aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali dan berkenalan dengan suspek seorang wanita. 

“Mangsa ditawarkan pekerjaan untuk menjual barangan permainan kanak-kanak melalui aplikasi TikTok dan dijanjikan keuntungan antara 10 hingga 15 peratus.

“Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut sebelum diminta mengeluarkan wang untuk menampung kos harga barangan yang ditempah oleh pelanggan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Alwi berkata mangsa yang terpedaya telah membuat 41 transaksi berjumlah RM523,350 daripada akaun peribadi ke lima akaun bank berbeza melalui mesin deposit tunai (CDM) antara 18 Dis 2024 hingga 14 Julai lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata mangsa tidak menerima sebarang keuntungan daripada pekerjaan tersebut seperti dijanjikan malah suspek dikatakan masih meminta bayaran tambahan. 

“Mangsa tampil membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan