WILAYAH - UTARA

Empat ditahan disyaki keldai akaun sindiket penipuan tawaran kerja

25/01/2023 06:00 PM

BALIK PULAU, 25 Jan (Bernama) -- Polis menahan empat individu kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ bagi sindiket tawaran pekerjaan secara dalam talian yang tidak wujud menerusi serbuan berasingan semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan dua lelaki dan dua wanita berusia 26 hingga 43 tahun itu ditahan berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Penahanan dilakukan selepas polis bertindak atas siasatan dan risikan yang dijalankan berdasarkan kes yang dilaporkan di daerah Barat Daya pada 2021 dan 2022,” menurut kenyataan itu.

Jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa ialah RM1,319 hingga RM16,593 dan mereka kini direman empat hari bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan