BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
WILAYAH - SABAH

Sabah, Melaka perlu bekerjasama promosi destinasi pelancongan

23/06/2022 06:50 PM

KOTA KINABALU, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan Sabah dan Melaka diharap dapat bekerjasama bagi saling mempromosikan destinasi pelancongan popular di kedua-dua negeri.

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata kerjasama itu penting bagi merancakkan kembali industri pelancongan yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19.

"Saya minta Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dapat membantu mempromosikan destinasi pelancongan yang ada di Melaka kepada orang Sabah dan begitu juga sebaliknya Melaka akan membantu mempromosikan destinasi pelancongan di Sabah.

"Ada tarikan pelancongan yang ada di Melaka namun tiada di Sabah… begitu juga ada tarikan pelancongan yang ada di Sabah, tiada di Melaka. Oleh itu, adalah langkah yang tepat untuk kita berkongsi pengalaman dan sama-sama mengadakan kempen untuk memastikan industri pelancongan semakin baik, sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar dan Sesi Padanan Niaga Semarak Pelancongan Melaka di sini hari ini yang turut dihadiri Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Muhammad Jailani berkata seminar berkenaan bertujuan merancakkan lagi sektor pelancongan Melaka memandangkan sektor berkenaan merupakan penyumbang utama kepada Keluran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Melaka sebelum penularan COVID-19.

Sementara itu, Joniston yang juga pengerusi STB berkata program berkenaan amat bermakna bagi kedua-dua negeri merancakkan sektor pelancongan selepas melalui tempoh yang amat mencabar.

"Program ini (penganjuran) tepat pada masanya selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa dan kemasukan pelancong ke negara kita, termasuklah ke Sabah, juga dilihat semakin bertambah. Saya percaya Melaka juga mengalami situasi yang sama," katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, penting bagi pengusaha pelancongan yang hadir pada program berkenaan mengemas kini antara satu sama lain mengenai tawaran pelancongan yang tersedia di kawasan masing-masing.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan