BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
WILAYAH - UTARA

Polis Perak tempatkan 35 anggota polis pelancong di 20 lokasi

23/06/2022 05:44 PM

IPOH, 23 Jun (Bernama) -- Polis Perak menempatkan 35 anggota polis pelancong di 20 lokasi di lima daerah di negeri ini bagi menjaga keselamatan pengunjung di destinasi tumpuan pelancong.

Ketua Polis Negeri Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kesemua anggota polis pelancong itu ditugaskan di sekitar kawasan tumpuan pelancongan iaitu di Ipoh, Batu Gajah, Manjung, Taiping dan Kuala Kangsar.

"Jumlah anggota polis pelancong ini akan ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Kita tubuhkan unit polis pelancong ini untuk memberikan rasa lebih selamat kepada pelancong tempatan dan asing yang berkunjung ke negeri ini," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan unit polis pelancong Perak yang turut dihadiri Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi di sini hari ini.

Sementara itu, Nolee Ashilin berkata pelancaran unit tersebut merupakan satu usaha untuk menarik kedatangan pelancong berkunjung ke negeri ini.

"Keberadaan polis pelancong memberi gambaran positif di satu-satu kawasann pelancongan yang strategik.

"Kerajaan negeri juga akan menyediakan skuter elektrik kepada polis pelancong tidak lama dan sebagai permulaan kemudahan itu disediakan di sekitar Ipoh," katanya.

-- BERNAMA

 

 


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan