BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
WILAYAH - SABAH

MARA luluskan RM98.47 juta pembiayaan perniagaan untuk usahawan Sabah - Azizah

23/06/2022 03:50 PM

KOTA MARUDU, 23 Jun (Bernama) -- Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah meluluskan RM98.47 juta pinjaman perniagaan untuk 1,121 usahawan di Sabah bagi tempoh antara 2020 hingga 31 Mei lepas, kata Pengerusinya Datuk Seri Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut sebanyak RM39.9 juta diluluskan untuk 583 usahawan wanita yang telah mendapat pembiayaan MARA pelbagai skim pembiayaan agensi tersebut.

Katanya daripada jumlah itu juga seramai 142 usahawan wanita telah mendapat kelulusan untuk Skim DANANITA melibatkan peruntukan sebanyak RM6.2 juta.

“MARA Sabah juga telah diperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk Program Penjana E-Commerce  melibatkan 500 peserta dengan 60 peratus disasarkan untuk usahawan wanita.

“Sasaran itu terutama usahawan wanita luar bandar, golongan B40 dan juga ibu tunggal yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran tentang E-Commerce dan pemasaran digital bagi meningkatkan potensi dan pendapatan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Bina Niaga dan Outreach Luar Bandar MARA Negeri Sabah di Matunggong di sini.

Azizah turut menyeru komuniti usahawan Sabah agar sering berhubung dengan MARA tentang peluang kemudahan yang ditawarkan khususnya dalam fasa peralihan ke endemik.

-- BERNAMA

 

 


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan