GEORGE TOWN, 13 Jan -- Sebilangan besar syarikat perkilangan di Pulau Pinang sudah bersedia menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kedua, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
Pengerusi Cawangan FMM, Datuk Jimmy Ong berkata sejak akhir tahun lalu ketika Pulau Pinang berada di bawah PKP Bersyarat (PKPB), kebanyakan kilang telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan dengan garis panduan ditetapkan Menteri Kesihatan (KKM) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
"Berdasarkan lima sektor yang dibenarkan beroperasi (bagi tempoh PKP kedua ketika ini), kami percaya kelulusan membenarkan operasi itu merangkumi hampir semua syarikat pembuatan kecuali untuk kain khas ‘non woven’ untuk membuat set lengkap pakaian perlindungan diri (PPE), kasut, seramik dan peralatan tulis," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berharap kerajaan akan meneliti beberapa masalah yang dihadapi oleh industri pembuatan.
Ong berkata permohonan dari beberapa rantaian bekalan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk beroperasi dalam tempoh PKP telah ditolak, justeru beliau meminta pihak berkuasa atau MITI untuk memberi kelulusan supaya syarikat berkenaan dapat menjalankan perniagaan mereka.
Beliau berkata kerajaan harus memberikan garis panduan SOP yang lebih jelas dan komprehensif dalam senario tertentu untuk memastikan kilang-kilang meneruskan tahap produktiviti mereka sambil memastikan keselamatan pekerja dilindungi daripada pandemik wabak COVID-19.
"Kami ingin tahu apa yang harus dilakukan oleh syarikat apabila seorang pekerja diuji positif COVID-19. Kami bimbang beberapa syarikat mungkin menyembunyikan maklumat untuk mengelakkan arahan bagi menghentikan operasi mereka,” katanya.
Sementara itu, Ong berkata kerajaan harus memberi subsidi terhadap ujian calitan COVID-19 untuk semua pekerja bagi mengenal pasti dan mengasingkan kes yang dijangkiti dengan segera.
"Kami berpendapat bahawa semua syarikat harus melakukan ujian calitan COVID-19 berskala besar dan kerajaan diharapkan dapat memberi subsidi sebanyak 50 peratus daripada kos itu daripada ujian calitan kali pertama," katanya.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta