Ahad, 24 Januari 2021
SABAH & SARAWAK
13/01/2021 05:18 PM

KUCHING, 13 Jan -- Hujan lebat sejak Isnin lalu menyebabkan beberapa kampung dan kawasan perumahan di sekitar daerah Kuching, Serian, Bau dan Padawan dinaiki air hari ini.

Tinjauan Bernama sepanjang hari ini  mendapati berlaku kejadian tanah susur di jajaran Jalan Padawan antara Kampung Peraya dan Kampung Patos malam tadi.

Antara kawasan lain yang turut dilanda banjir akibat hujan lebat adalah Kampung Sira, Simpok dan Kampung Jambu di Padawan, Maang, Sekuduk, Pelaman Payang, Lintang Baharu di Tarat, Serian dan Siniawan di daerah Bau  dan Kampung Bratan di Jalan Puncak Borneo, Padawan.

Sementara itu, dua kejadian tanah susur memusnahkan sebuah rumah di Kampung Garung dan dua buah di Kampung  Annah Sadir.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, yang juga Timbalan Menteri Industri Peladangan dan Komoditi, Willie Mongin yang meninjau kawasan yang terjejas serta menemui mangsa kejadian, berkata pusat khidmatnya akan segera menghantar bantuan makanan dan keperluan lain kepada mangsa terlibat.

Katanya, beliau juga akan berusaha membantu kerja membaik pulih rumah-rumah yang rosak sementara beliau menyeru agensi berkenaan menyegerakan kerja membaik pulih kawasan tanah runtuh.

Wilie berkata beliau akan melawat ke kawasan terlibat dan menemui keluarga yang menjadi mangsa musibah berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata tanah susur amat mudah berlaku di kawasan Puncak Borneo memandangkan kajian oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia mendapati struktur tanah tidak kukuh disebabkan kegiatan penebangan pokok, ditambah pula hujan lebat yang berterusan.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan