KUALA PERLIS, 13 Jan -- Syarikat Ferryline Ventures Sdn Bhd (Ferryline) menghentikan perkhidmatan feri penumpang keluar masuk dari Terminal Kuala Perlis ke Pulau Langkawi, Kedah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan pulau peranginan itu, bermula hari ini.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi syarikat itu, Kapten Baharin Baharom berkata bagaimanapun perkhidmatan feri Roll On- Roll Off (RoRo) ke Pulau Langkawi masih beroperasi seperti biasa.
“Operasi perkhidmatan feri (penumpang) akan dibuka semula apabila tamat PKPB nanti,” katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati keadaan Terminal Feri Kuala Perlis lengang.
PKPB dilaksanakan di enam negeri iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan bermula hari ini sehingga 26 Jan.
PKP pula dilaksana dalam tempoh yang sama bagi Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, manakala Perlis dan Sarawak pula dikenakan PKP Pemulihan (PKPP).
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta