KUALA LUMPUR, 13 Jan -- Semua taman awam di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ditutup kepada orang ramai mulai hari ini hingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
DBKL menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini memaklumkan tindakan tersebut susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini hingga 26 Jan.
Taman awam seliaan DBKL antaranya ialah Taman Botani Perdana, Taman Awam Bukit Kiara, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Manjalara dan Taman Tasik Metropolitan Kepong.
Sementara itu, DBKL turut memaklumkan kaunter bayaran utama dan pandu lalu di Menara DBKL1 serta semua kaunter di sembilan pejabat cawangannya akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang (Isnin hingga Jumaat) sepanjang tempoh PKP.
Bagi kaunter lesen berpusat di Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan dibuka dari 9 pagi hingga 3 petang, terhad kepada 100 pelanggan sehari.
"Bagaimanapun orang ramai digalakkan menggunakan kaedah bayaran secara dalam talian," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta