Sabtu, 16 Januari 2021
UTARA
10/01/2021 02:17 PM

GEORGE TOWN, 10 Jan  -- Pulau Pinang akan mencadangan sekolah dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah jika kes di negeri itu terus meningkat dan tidak dapat ditampung oleh fasilitii sedia ada.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata  penggunaan sekolah tersebut adalah sebagai tambahan kepada dewan komuniti. 

“Bagaimanapun ini bergantung pada kelulusan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Ada hotel, namun akan libatkan kos tinggi,” katanya selepas menghadiri majlis sumbangan ikhlas beg penyayang badan bukan kerajaan (NGO)  One Hope Charity di Pusat Khidmat DUN Padang Kota di sini hari ini.

Terdahulu pada majlis itu, Penasihat One Hope Charity Datuk Seri R. Arunasalam menyampaikan 4,200 bakul makanan mengandungi  keperluan asas bernilai RM300 setiap satu kepada Chow untuk disumbangkan kepada keluarga kurang berkemampuan.

Chow yang berterima kasih atas keprihatinan NGO tersebut, berkata bantuan membabitkan peruntukan berjumlah RM1.26 juta berkenaan akan diserahkan kepada 40 Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) di negeri itu.

-- BERNAMA

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan