Sabtu, 28 November 2020
UTARA
19/11/2020 01:42 PM

LANGKAWI, 19 Nov -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengusir sebuah bot nelayan Thailand, yang dikesan menceroboh perairan negara di kedudukan 2.7 batu nautika utara Pulau Langgun, dekat sini, pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, tindakan pengusiran dilakukan bot peronda Petir yang sedang melaksanakan Op Benteng pada jam 11 pagi.

Beliau berkata terdahulu pihaknya menerima aduan awam mengenai tiga buah bot nelayan asing menceroboh perairan negara, yang disalurkan kepada talian MERS 999 oleh Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

“Sebaik menerima laporan, bot peronda Petir telah diatur gerak ke lokasi kejadian. Menyedari kehadiran bot peronda APMM, dua daripada tiga bot nelayan tradisional Thailand itu segera meninggalkan perairan negara, namun sebuah bot lagi berjaya dipintas.

“Bot yang ditahan itu dikendalikan tiga nelayan warga Thailand itu ditemukan bersama beberapa peralatan menangkap ikan jenis pukat karang serta hasil laut udang kara dengan anggaran berat dua kilogram. Bot bersama kru itu kemudian telah diusir keluar dari perairan negara, sejajar dengan situasi semasa bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zawawi berkata APMM merakamkan penghargaan kepada komuniti maritim yang peka dan  membantu menyalurkan maklumat kepada agensi penguatkuasa bagi mengekang pencerobohan nelayan asing ke negara ini.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan