Ahad, 25 Oktober 2020
UTARA
17/10/2020 05:17 PM

GEORGE TOWN,17 Okt -- Polis Pulau Pinang telah mengambil tindakan segera mengasingkan kesemua pegawai dan anggotanya yang mempunyai kontak rapat dengan seorang tahanan yang disahkan positif COVID-19 semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata kes itu merupakan yang pertama melibatkan tahanan polis di negeri berkenaan. 

Lelaki berusia 23 tahun tersebut yang ditahan pada 13 Okt lepas dan ditempatkan di lokap transit di Balai Polis Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, disahkan positif jangkitan itu semalam menerusi ujian saringan yang dijalankan pada 14 Okt, katanya ketika dihubungi hari ini.

  "Tahanan yang positif COVID-19 itu telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan manakala semua kontak rapat dengannya termasuk pegawai dan anggota polis diasingkan serta dikuarantin. Mereka juga telah menjalani ujian saringan COVID-19… kami sedang tunggu keputusan saringan (kontak rapat)," katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata terdapat 33 kes baharu positif COVID-19 di Pulau Pinang termasuk satu kes membabitkan saringan ke atas seorang tahanan.

Ketika ini terdapat dua kluster di Pulau Pinang iaitu Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Jawi dengan semua kes membabitkan banduan.

Hingga semalam, Kluster Penjara Reman merekodkan 217 kes positif COVID-19 dengan satu kematian manakala Kluster Penjara Jawi pula mencatatkan 28 kes.

-- BERNAMA 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan