Ahad, 25 Oktober 2020
TENGAH
17/10/2020 01:09 PM

SHAH ALAM, 17 Okt -- Fenomena air laut pasang besar yang melanda pesisir pantai Selangor hari ini dilaporkan terkawal dan tiada sebarang limpahan air berlaku sehingga mengakibatkan kejadian banjir serius.

Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir berkata setakat 11 pagi tadi, hanya halaman dua buah rumah di Kampung Sungai Janggut, Kuala Selangor dilaporkan dinaiki air akibat limpahan air laut kira-kira 6.11 pagi, bagaimanapun air telah surut sekitar 7 pagi.

Katanya Jeti Pulau Ketam, Klang turut dinaiki air bagi tempoh sama namun keadaan tersebut juga kembali reda.

"Hari ini hanya ada limpahan kecil air (berhampiran pantai) dan tiada kes yang serius melibatkan petempatan penduduk di kesemua kawasan sekitar daerah Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Langat dan Sepang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fenomena air pasang besar dengan ketinggian air laut boleh mencecah hingga 5.8 meter, diramal melanda pesisir pantai di lima daerah di Selangor bermula hari ini hingga Isnin depan, serta 15 dan 16 Nov depan.

-- BERNAMA

 

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan