Ahad, 25 Oktober 2020
UTARA
14/10/2020 03:09 PM

GEORGE TOWN, 14 Okt  -- Kerajaan Pulau Pinang dicadangkan supaya menambah baik aspek pemutihan terhadap penjaja tanpa lesen di negeri ini dengan mewartakan lokasi perniagaan mereka sebagai kawasan penjaja yang sah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Afif Bahardin berkata langkah itu sesuai dengan keadaan semasa akibat pandemik COVID-19 yang turut dialami golongan penjaja.

"Seperti di kawasan saya sendiri, terdapat penjaja tanpa lesen yang sudah bertahun lamanya berniaga dan masih mengunakan khemah dengan tanpa kelengkapan dan infrastruktur sempurna serta tiada bekalan air sah.

“Bagi kawasan-kawasan penjaja seperti ini, adalah lebih baik sekiranya prosedur operasi  standard (SOP) pemutihan pihak berkuasa tempatan (PBT) diubah dengan menyediakan penjaja terlibat kelengkapan perniagaan dengan kos minimum serta lokasi bersesuaian dan selamat,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Menjawab persoalan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata langkah pemutihan terhadap penjaja yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan itu turut mengambil kira faktor keselamatan penjaja.

“Bagaimanapun, saya bersetuju dengan saranan  tersebut dan ia  boleh ditambah baik dan saya meminta Seberang Jaya memberikan senarai lokasi kawasan penjaja yang dimaksudkan supaya kita boleh membantu,” katanya

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan