Ahad, 25 Oktober 2020
UTARA
13/10/2020 02:27 PM

GEORGE TOWN, 13 Okt  -- Seramai 5,443 orang hilang pekerjaan dalam pelbagai bidang di Pulau Pinang sejak Mac hingga September lepas berikutan penularan pandemik COVID-19 dalam negara.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P. Ramasamy berkata berdasarkan laporan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Pulau Pinang, jumlah  pekerja yang diberhentikan secara pemberhentian tetap atau sukarela itu berlaku semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Seramai 122 orang diberhentikan pada Mac; 1,494 (April); 275 (Mei); 1,542 (Jun); 1,184 (Julai); 290 (Ogos) dan 536 (September)," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Zulkifli Ibrahim (Bersatu-Sungai Acheh) pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan Pulau Pinang dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan telah mewujudkan pelbagai program mitigasi termasuk pemadanan kerja baharu bagi mereka yang hilang pekerjaan.

Ramasamy berkata ketika ini, terdapat sekurang-kurangnya 4,000 peluang pekerjaan baharu ditawarkan pelbagai pihak yang boleh diisi oleh mereka yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19.

"Kita juga dari semasa ke semasa mengadakan mesyuarat dengan pelbagai pihak seperti MTUC dan pihak-pihak yang berkaitan, berkenaan bagaimana untuk menangani isu COVID-19 yang membawa kepada masalah pengangguran ini," katanya menambah kadar pengangguran di Pulau Pinang ketika ini pada tahap 4.5 hingga lima peratus, iaitu lebih rendah berbanding negeri lain.

Menurutnya, pelabur asing juga masih yakin dengan ekosistem perniagaan di negeri ini.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan