Isnin, 28 September 2020
UTARA
15/09/2020 03:41 PM

GEORGE TOWN, 15 Sept 15 -- Badan bukan kerajaan Citizen’s Awareness Chant Group (Chant) hari ini mendakwa sekurang-kurangnya ada empat lagi aktiviti pembersihan bukit yang dilaksanakan di Pulau Pinang, selain satu yang didedahkan di Bukit Relau.

Penasihat Chant Yan Lee berkata kesemua projek terbabit - Botak Hill 1, Botak Hill 2, Teluk Bahang dan Ayer Itam - yang menyebabkan banjir lumpur dan kerosakan alam sekitar, dilaksanakan atas sikap “gondolkan bukit dahulu dan tangkap kami jika dapat”.

“Mereka jelas tidak menghormati kerajaan negeri,” katanya pada sidang media hari ini.

Mengambil contoh projek di Ayer Itam, beliau berkata kebenaran merancang diberikan pada 2016 dan projek tersebut telah melangkaui tarikh tamat lebih dua tahun.

 Sehubungan itu, Chant mempersoalkan keseriusan kerajaan negeri dalam menangani masalah tersebut.

Semalam dilaporkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik tanah yang melanggar tiga arahan henti kerja sejak Mac lalu selain membersihkan tanah secara haram bagi membuka ladang durian di Bukit Relau.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan