Jumaat, 18 September 2020
SABAH & SARAWAK
14/09/2020 07:43 PM

KOTA KINABALU, 14 Sept  -- Perang bendera antara parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 kian meriah di sekitar bandaraya Kota Kinabalu namun ia seakan-akan baru bermula di daerah lain.

Bendera Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Cinta Sabah (PCS) sudah banyak dipasang di kawasan strategik termasuk bulatan Masjid Bandaraya, bulatan Bandaran, jejambat Jalan Coastal dan jejantas Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Tinjauan Bernama mendapati poster calon turut dipasang di kawasan yang dibenarkan pihak berkuasa tempatan.

Bagaimanapun, bendera parti gabungan Perikatan Nasional (PN) dilihat masih agak kurang di kawasan bandaraya Kota Kinabalu berbanding parti calon lawan.

Di TAWAU, jentera parti bertanding sudah mula memasang poster dan bendera masing-masing di beberapa lokasi strategik termasuk pusat bandar namun masih dalam jumlah terhad.

Bagaimanapun, belum ada bahan kempen seperti iklan gergasi dipasang di lokasi strategik di Tawau.

Di SANDAKAN, bendera parti seperti LDP sudah dikibar di kawasan Batu Sapi manakala bendera Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Barisan Nasional (BN) dan Warisan mula dipasang di Libaran.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan