Jumaat, 18 September 2020
TIMUR
07/09/2020 09:13 PM

KOTA BHARU, 7 Sept -- Polis Kelantan sedang berusaha mengesan seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai dalang utama satu kegiatan mengedar dadah, yang terbabit dalam kes rampasan dadah bernilai kira-kira RM42.2 juta di sebuah rumah di Tanjong Chat di sini pada 1 Sept lepas.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat berkata suspek utama yang berumur 30-an itu dikenal pasti selepas polis berjaya menahan enam individu termasuk seorang wanita, masing-masing berusia antara 25 dan 33 tahun.

Beliau berkata dalam serbuan pukul 10 malam pada 1 Sept lepas, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan telah merampas 1,293 kg ganja, 972.4 kg syabu dan 11,800 biji pil kuda di rumah berkenaan.

"Polis turut menemukan sepucuk pistol jenis Glock bersama lapan biji peluru. Keseluruhan dadah dianggarkan bernilai RM42.2 juta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baru di sini, hari ini.

Shafien berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM204,558 dari akaun bank dua daripada suspek, dan menambah kes sedang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan