Selasa, 04 Ogos 2020
TIMUR
26/07/2020 03:28 PM

KUALA TERENGGANU, 26 Julai  -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah mencadangkan ManisFM menjalinkan kerjasama dengan Bernama Radio untuk memantapkan lagi rancangan-rancangan berkaitan perniagaan dan keusahawanan terbitannya.

Katanya ini kerana program berkaitan keusahawanan yang diterbitkan Bernama Radio kini menerima sambutan menggalakkan dan kejayaan itu boleh dikongsikan dengan ManisFM yang merupakan sebuah stesen radio milik kerajaan negeri Terengganu.

“Liputan di pantai timur ini ada cara tersendiri dan saya fikir ManisFM bersama Bernama Radio boleh bekerjasama meningkatkan lagi mutu rancangan perniagaan dalam bahasa Melayu dan juga meluaskan liputan dan capaian kepada para pendengar.

“Pantai timur ini kelebihannya mempunyai ramai usahawan Melayu dan bumiputera termasuk wanita. Jadi itu satu kelebihan dari segi kandungan. Bernama Radio sudah ada pengalaman mengendalikan rancangan perniagaan dengan baik dan di sebelah sini (ManisFM) ada kandungan yang unik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Mohd Nor Hamzah di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

 Turut hadir pada mesyuarat itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman dan beberapa ketua agensi serta jabatan negeri yang berkaitan.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan