Sabtu, 04 Julai 2020
SABAH & SARAWAK
27/06/2020 10:36 AM

RANAU, 27 Jun) -- Taman-Taman Sabah (TTS) hari ini memberi peluang kepada pengamal media di negeri ini mempraktikkan normal baharu pendakian ke puncak Gunung Kinabalu berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sepuluh orang pengamal media di Sabah termasuk wartawan daripada agensi Pertubuhan Berita Nasional  Malaysia (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) , TV3 dan Astro Awani menyertai pendakian yang berlangsung selama dua hari berakhir esok.

Aktiviti pendakian itu bertujuan memberi maklumat dan pendedahan mengenai kebiasaan baharu yang perlu dipatuhi oleh pendaki lain yang akan mendaki nanti.

Sebelum pendakian bermula, setiap pendaki perlu menjalani pemeriksaan suhu badan di pintu masuk Taman Kinabalu.

Media kemudian diberi taklimat SOP pendakian sebelum dibenarkan masuk ke Pintu Timpohon iaitu pintu utama ke puncak Kinabalu sebelum mula mendaki pada pukul 9.30 pagi dan dijangka tiba ke penginapan di Panalaban pada pukul 3 petang.

Pendakian ke puncak Gunung Kinabalu dari Panalaban yang merupakan kem induk dalam laluan pendakian gunung itu pada ketinggian 3,272 meter dari aras laut akan diteruskan lagi pada keesokan hari pada jam 2.15 pagi sebelum turun semula ke PintuTimpohon.

Aktiviti pendakian Gunung Kinabalu yang berketinggian 4,095 meter dari aras laut telah dibuka semula pada 16 Mei lepas selepas ditutup berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac  lalu dengan kapasiti 100 pendaki setiap hari.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan