Sabtu, 04 Julai 2020
25/06/2020 05:01 PM

GEORGE TOWN, 25 Jun  -- Kerajaan Pulau Pinang akan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) yang dilengkapi sistem analitik video bersepadu untuk memantau premis di seluruh negeri bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata kerajaan negeri akan terus memanfaatkan teknologi digital untuk memastikan keselamatan awam serta orang ramai mematuhi SOP.

Beliau berkata pihak berkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan memberi amaran melalui pembesar suara sekiranya ada yang didapati tidak mematuhi SOP dan mengingatkan mereka bahawa polis akan mengambil tindakan lanjut jika terus berlanjutan.

"Walaupun Pulau Pinang masih dikategorikan sebagai zon hijau, perang melawan pandemik COVID-19 belum berakhir, jadi tidak akan ada kompromi pematuhan SOP," katanya pada sidang media di Pusat Operasi  di Komtar di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga telah menubuhkan tujuh jawatankuasa untuk memerangi COVID-19 dalam semua aspek.

"Daripada tujuh jawatankuasa tersebut, saya akan mempengerusikan dua daripadanya, iaitu 'Kumpulan Kerja Pembudayaan Kebiasaan Baharu' dan 'Kumpulan Kerja Perundangan dan Penguatkuasaan'," katanya.

Sementara itu, Jagdeep berkata buat masa ini MBPP dan MBSP mempunyai 1,177 CCTV yang dipasang di seluruh Pulau Pinang dan dijangka mempunyai 1,265 CCTV pada akhir tahun ini.

Beliau berkata 450 CCTV di pulau itu dan 25 CCTV di tanah besar telah dinaik taraf dengan perisian analitik video, yang merangkumi sistem pengenalan wajah dan sistem pengenalan nombor pendaftaran kenderaan.

"Kami menjangka dapat menaik taraf 78 lagi CCTV di pulau ini dengan perisian analitik video," tambahnya.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan