Sabtu, 30 Mei 2020
UTARA
23/05/2020 02:13 PM

BAGAN SERAI, 23 Mei  -- Seramai tujuh penduduk di Kampung Parit Air Hitam 2 dan Kampung Alor Setanggok yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda daerah Kerian, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing tengah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri berkata mangsa banjir membabitkan empat keluarga itu dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman, Bagan Serai, sejak Isnin lepas.

“PPS SK Parit Haji Aman ditutup berkuat kuasa 12 tengah hari ini apabila lokasi banjir di sekitar Kampung Parit Air Hitam 2 telah surut.

“Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat mengurus selia PPS dengan baik dan cemerlang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, Bagan Serai membabitkan 44 mangsa daripada 10 keluarga dari Kampung Matang Tengah dan Jalan FT 147 Bagan Serai-Selama telah ditutup pukul 3 petang.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan