Rabu, 27 Mei 2020
SABAH & SARAWAK
23/05/2020 01:59 PM

KUCHING, 23 Mei -- Sebanyak 183 penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan ditempatkan di lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah di seluruh Sarawak bagi menguatkuasakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi berkata penguat kuasa daripada sembilan cawangan KPDNHEP negeri akan berada di pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan sepanjang tempoh SHMMP dari 20 Mei hingga 3 Jun ini.

Katanya peniaga perlu mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan manakala pengguna pula perlu mengetahui tanggungjawab dan hak mereka serta disaran supaya tidak membuat pembelian berlebihan yang boleh memberi tekanan terhadap harga barangan. 

“Pengeluar, pemborong dan peruncit pula diingatkan tidak menaikkan harga secara mendadak selepas berakhirnya pelaksanaan skim berkenaan. Skim ini akan berjaya sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan di Medan Kubah Ria di sini.

Nanta berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga bekerjasama membuat pemantauan untuk memastikan bekalan barangan adalah mencukupi dan memastikan harga di pasaran adalah berpatutan.

“KPDNHEP Sarawak juga sedang mempertingkat pemantauan harga dengan mengerakkan tambahan sejumlah 102 Pegawai Pemantau Harga bagi memantau harga barangan keperluan asas di negeri ini.

“Langkah-langkah ini mencerminkan usaha berterusan bagi melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak beretika semasa musim perayaan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan