Isnin, 25 Mei 2020
TIMUR
23/05/2020 01:37 PM

TUMPAT, 23 Mei -- Dua bersepupu tidak sempat menyambut Aidilfitri bersama esok apabila kedua-duanya maut selepas motosikal yang ditunggangi terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Kampung Jubakar Darat, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, Shahriman Yusof, 19, dan Aiman Saifuddin Zakaria, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bapa Shahriman, Yusof Awang, 46, berkata beliau mengetahui kemalangan yang menimpa anaknya itu pada pukul 5.10 pagi tadi selepas menerima panggilan telefon daripada rakan anaknya.

Katanya, sebelum kejadian anaknya ada memberitahu ingin keluar bersama sepupunya Aiman untuk ke rumah seorang rakan untuk memikat burung, kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

"Saya hanya menasihatkan dia agar berhati-hati. Namun berita mengejutkan saya terima pagi ini," katanya dengan sayu ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Tumpat di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Ab Rashid Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan