Isnin, 25 Mei 2020
TIMUR
23/05/2020 11:42 AM

KUALA TERENGGANU, 23 Mei -- Lapan Klinik Kesihatan (KK) di Terengganu beroperasi seperti biasa pada cuti hujung minggu ini bermula semalam dan cuti Aidilfitri pada Ahad dan Isnin bagi mengurangkan kesesakan di Unit Kecemasan hospital di negeri itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata arahan untuk lapan klinik itu beroperasi pada cuti hujung minggu dan Aidilfitri bermula 22 hingga 25 Mei adalah yang pertama kali dilaksanakan.

"Sebelum ini, operasi di Klinik Kesihatan dihentikan sepanjang tempoh cuti perayaan Aidilfitri. Namun, arahan kesiapsiagaan operasi klinik kesihatan ini dibuat setelah mempertimbangkan beberapa faktor yang terperinci terutama situasi semasa pandemik COVID-19 di Malaysia amnya dan di Terengganu khususnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lapan klinik tersebut ialah KK Padang Luas di Besut; KK Batu Rakit di Kuala Nerus, KK Batu 2 1/2 di Kemaman, KK Rahmat di Setiu, KK Hiliran di Kuala Terengganu, KK Kuala Berang di Hulu Terengganu, KK Bukit Payung di Marang dan KK Kuala Dungun di Dungun.

Nor Azimi berkata arahan itu juga demi memastikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat tidak terjejas di samping memperkukuh strategi pencegahan dan kawalan penularan COVID-19 dalam komuniti melalui pengesanan awal jangkitan itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan