Sabtu, 30 Mei 2020
TENGAH
22/05/2020 08:43 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei -- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)  hari ini memaklumkan jumlah pengguna bagi sebuah Bas Rapid Transit (BRT) telah dikurangkan daripada 67 kepada 20 penumpang pada satu-satu masa bagi mematuhi amalan jarakan sosial dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata setiap hari 15 buah bas elektrik beroperasi bagi perkhidmatan BRT-Laluan Sunway dengan melaksanakan SOP yang ketat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Kompleks BRT Sunway hari ini.

Dalam lawatan itu, beliau turut meninjau Pusat Kawalan BRT yang memantau pergerakan bas serta kemudahan berkomunikasi secara langsung dengan ‘Kapten Bas’, dan ruang depot di mana beliau diberi taklimat mengenai kerja-kerja penyelanggaraan dan kerja-kerja mencaj semula bateri bas.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin Sallij dan Ketua Pegawai Operasi Rapid Bus Sdn Bhd, Ku Jamil Zakaria.

BRT dilancarkan pada 1 Jun 2015 dengan perkhidmatan BRT Laluan Sunway mencatat sejarah nasional sebagai perkhidmatan bas rapid transit yang pertama di negara ini, di samping menjadi perkhidmatan bas henti-henti pertama yang menggunakan bas elektrik sepenuhnya.

-- BERNAMA

 

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan