Rabu, 27 Mei 2020
22/05/2020 05:00 PM

KUCHING 22 Mei  -- Kerajaan Sarawak bercadang untuk membina penempatan sementara bagi golongan gelandangan, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-Kanak negeri Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, perkara itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet negeri selepas sambutan perayaan Hari Gawai Dayak Jun ini memandang perkara itu melibatkan dasar kerajaan dalam menangani isu gelandangan di Sarawak.

"Satu lokasi telah dikenal pasti di Sibu bagi projek perintis penempatan sementara itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan geran bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) di sini, hari ini.

Menurutnya, penempatan sementara itu nanti akan menerapkan elemen kebebasan kepada gelandangan terlibat supaya mereka dapat berdikari, mempunyai pekerjaan dan tempat untuk berteduh.

Dalam pada itu, Fatimah berkata kementeriannya berkerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di setiap bahagian bagi mengenal pasti lokasi sebagai transit sementara untuk gelandangan semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan