Sabtu, 30 Mei 2020
UTARA
22/05/2020 03:47 PM

GEORGE TOWN, 22 Mei  -- Kerajaan Pulau Pinang masih membincangkan kemungkinan membuka semula salun rambut dan kedai gunting rambut, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo.

Katanya, walaupun kerajaan negeri baru-baru ini mengizinkan makan di premis restoran semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ia dilaksanakan dengan kerjasama dan garis panduan yang ketat.

Walaupun kerajaan negeri berharap dapat menggiatkan kembali ekonomi yang terjejas, perjuangan melawan COVID-19 masih lama lagi untuk berakhir dan langkah berjaga-jaga kekal menjadi keutamaan katanya.

"Berhubung pembukaan semula salun rambut dan kedai gunting rambut, telah dibincangkan mengenainya bersama-sama dengan sektor lain (yang tidak dibuka semula semasa PKPB), tetapi perlu ada tindakan bagi keseimbangan antara (pemulihan) ekonomi dan keselamatan orang ramai

"Kami akan membuat pengumuman sebaik sahaja keputusan dibuat," katanya dalam sidang media di pangsapuri Villa Mas Ewani di sini, hari ini.

Terdahulu, Jagdeep meluluskan dana untuk penggantian tangki air di Villa Mas Ewani di bawah Dana Penyelenggaraan Maksimum 80 peratus (TPM80PP) negeri.

Katanya, kerja penggantian akan bermula pada 3 Jun dan dijangka siap pada 11 Ogos tahun ini.

"Projek penyelenggaraan ini berharga RM67,800 dan kerajaan negeri akan menanggung 80 peratus daripadanya, iaitu RM54,240," katanya.

Sementara itu, beliau berkata 87 permohonan untuk TPM80PP masih dalam proses penilaian dan persetujuan teknikal.

"Keseluruhan kos projek untuk 87 permohonan itu adalah RM16.26 juta," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan