Sabtu, 30 Mei 2020
SELATAN
22/05/2020 04:26 PM

JOHOR BAHRU, 22 Mei -- Kesemua 78 buah Bas Muafakat Johor (BMJ) kembali beroperasi seperti biasa di 62 laluan di seluruh Johor sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan 4 Mei lepas.

Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) menerusi kenyataan hari ini berkata dakwaan bahawa terdapat banyak bas tersebut tersadai di depot-depot adalah tidak benar.

“PAJ hanya mengurangkan jumlah trip (perjalanan) BMJ pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila kerajaan mengeluarkan ketetapan bagi kenderaan pengangkutan awam untuk beroperasi bermula pada 6 pagi sehingga 10 pagi dan 4 petang sehingga 10 malam.

“Setelah kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB pada 4 Mei yang lepas, pengoperasian Bas Muafakat Johor telah kembali seperti sediakala. Sebelum pelaksanaan PKP, bilangan Bas Muafakat Johor adalah sebanyak 78 buah bas sahaja dan beroperasi secara menyeluruh di 62 laluan di seluruh negeri tanpa pengurangan trip semenjak PKPB,” kata PAJ.

Menurut PAJ, beberapa garis panduan tambahan sudah dikeluarkan bagi menangani pendemik COVID-19 ketika ini dan para pengguna dikehendaki mematuhi penjarakan sosial yang selamat semasa menunggu dan beratur untuk menaiki BMJ serta menggunakan pelitup separuh muka.

Pengguna juga dinasihati untuk menjarakkan tempat duduk dan menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas menaiki BMJ.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan