Isnin, 25 Mei 2020
TIMUR
21/05/2020 05:57 PM

KOTA BHARU, 21 Mei -- Polis Kelantan akan melaksanakan pengawasan rumah terhadap 30 kontak rapat kes import COVID-19 yang dikesan berlaku di negeri ini sejak semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata langkah itu diambil bagi mengelak mereka melakukan perjalanan ke tempat lain dalam tempoh 14 hari selepas ujian dijalankan.

"Polis akan membuat pemantauan secara berkala bagi memastikan kontak rapat ini tidak keluar rumah dalam masa 14 hari ini sehingga mereka benar-benar disahkan negatif COVID-19.

"Selain itu, pengawasan juga akan dilakukan di taman perumahan di mana kes import tersebut dikesan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) Peringkat Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Semalam, seorang wanita mengandung dikesan positif COVID-19 di Kuala Krai, selepas pulang dari Kuala Lumpur untuk bersalin di kampung halaman.

Dalam pada itu, Hasanuddin berkata pihaknya telah melaksanakan pemeriksaan dari rumah ke rumah bermula semalam dan telah diberi kuasa oleh Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan kompaun kepada pesalah.

"Mana-mana rumah yang berada dalam keadaan curiga kita akan ketuk dan periksa dan jika lakukan kesalahan kita akan kompaun," katanya.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan