Sabtu, 30 Mei 2020
TENGAH
21/05/2020 05:11 PM

SEPANG, 21 Mei  -- Tiga daripada empat warga Indonesia yang melarikan diri dari rumah kongsi di Sepang pada Isnin lepas setelah menjalani saringan COVID-19, berjaya ditemui polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata ketiga-tiga lelaki warga Indonesia itu ditemui di tepi jalan berhampiran belukar di kawasan Semenyih, Kajang, Selangor kira-kira 10 pagi hari ini.

Susulan itu, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah dipanggil dan mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Bandar Tun Hussein Onn untuk ujian saringan COVID-19.

 “Setelah diambil ujian, mereka dihantar ke Pusat Kuarantin  di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) Bangi untuk tindakan susulan oleh pihak KKM,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang wanita warga Indonesia yang turut menghilangkan diri bersama mereka, masih belum dijumpai dan tindakan mengesan masih diteruskan, katanya.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan