Sabtu, 30 Mei 2020
TENGAH
21/05/2020 02:05 PM

NILAI, 21 Mei  -- Situasi pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terkandas di kampus dan berkemungkinan tidak dapat pulang beraya yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya USIM 2020 'Raya Online’, mencatatkan 30,000 tontonan selepas lima hari ditayangkan.

Pengarah iklan ‘Raya Online’ yang juga pelajar Sarjana Muda Komunikasi USIM, Farhan Halim berkata iklan yang dihasilkan sekumpulan mahasiswa USIM itu ditayangkan di saluran YouTube USIMTV sejak Jumaat lepas dan turut mendapat lebih 22,000 tontonan dan 400 perkongsian di Facebook USIM.

Beliau berkata menjadi tradisi USIM menerbitkan iklan Hari Raya saban tahun sejak 2013 dan pada kali ini keseluruhan konsep jalan cerita dan skrip asal diubah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Farhan berkata situasi terkandas dan tempoh PKP dilanjutkan memberikan mereka idea untuk menghasilkan video berkenaan.

Bagi penulis skrip yang juga pelakon utama, pelajar Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah USIM Syauqi Mardia Baharudin, pelbagai kisah semasa tempoh PKP dimasukkan secara tidak langsung dalam iklan itu seperti Mak Cik Kiah, pembelian secara dalam talian, aplikasi Tik Tok dan ‘abang’ penghantar barang.

"Kerja-kerja pra-produksi, penggambaran dan suntingan semuanya berjaya disiapkan dalam tempoh 24 jam sahaja dan dibuat di rumah sewa dan selebihnya di studio 'green screen Stracomm'," katanya kepada Bernama. 

Iklan Hari Raya USIM 2020 'Raya Online’ itu dihasilkan dan diterbitkan dengan kerjasama Pusat Komunikasi Strategik (Stracomm).  

USIM juga melancarkan sebuah lagu khas yang berjudul ‘We Pray For A Better World` sebagai tanda sokongan moral kepada barisan hadapan dan mendoakan rakyat Malaysia ketika pandemik maut terbabit. 

Lagu itu dinyanyikan oleh warga kampus dan alumni USIM selain artis terkenal tanah air Datuk Nash, Datuk Ramli Sarip, Syura, Ayu Damit, Farawahida, Sahri, Rosma dan Akma. 

Turut membuat penampilan khas, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Dr Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan.

-- BERNAMA 

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan